My Blog List

Friday, 10 March 2017

BAB 4  :  PERLEMBAGAAN   MALAYSIA. 





DEFINISI PERLEMBAGAAN


  • Perlembagaan adalah konsep yang amat penting dalam sebuah kerajaan pada hari ini.
  • Perlembagaan juga merupakan satu dokumen yang mengandungi  semua undang-undang  asas negara.


TUJUAN

»  Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara
» 
Menjadi garis panduan pembentukan undang-undang
»  Mewujudkan kestabilan negara
»  Menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara
»  Memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat



SEJARAH PENGGUBALAN  PERLEMBAGAAN


  • Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu. Kemudian, nama   tersebut telah diubah kepada ' Perlembagaan Persekutuan Malaysia' selepas pembentukan malaysia .
  • British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan pemerintahan baharu iaitu ' Malayan Union'.
  • Daripada penetangan itu, British telah memperkenalkan pentadbiran baru iaitu 'Perjanjian Persekutuan'.
  • Kerajaan Pusat terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British, Majlis Mesyuarat dan Majlis Perundangan.
  • Majlis Perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil perjanjian ini lahir satu perlembagaan baharu yang dikenali  sebagai " Persekutuan Tanah Melayu 1948 ".
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasa  sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan. Pindaan yang dibuat ialah Akta Malaysia.
  • Perkara (1)  dan (2)  - kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura serta pertukaran nama " Persekutuan Tanah Melayu " kepada persekutuan Malaysia.

 PERANAN PERLEMBAGAAN

»  Mewujudkan pemerintahan yang adil.
»  Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerja dan rakyat.
»  Alat penyelesaian masalah.

  BENTUK - BENTUK PERLEMBAGAAN

»  Perlembagaan bertulis
  •  Bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen.
»  Perlembagaan tidak bertulis 
  • Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN


  •  Keluhuran perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam rukun negara kita.

  UNDANG-UNDANG  UTAMA PERSEKUTUAN


  • Perlembagaan ialah undang-undang utama persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka yang tidak selaras dengan perlembagaan adalah tidah sah.
  • Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa.
  • Undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas ke atas hak yang disebut dalam perkara 9(2) tetapi tidak berhubung dengan perkara itu.
  • Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh parlimen atau Badan Perundangan mana-mana negeri tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

»  Kuasa yang paling tinggi di Malaysia ialah "Perlembagaan"
»  Malaysia mempunyai sebuah persekutuan yang mempunyai perlembagaan bertulis.

KONSEP

PARLIMEN

»  Peroleh kuasa dari perlembagaan.

PERLEMBAGAAN

»  Menentukan perkara bersama yang membolehkan parlimen atau Dewan Undangan Negeri buat undang-undang mengenainya.

KEDUDUKAN YDPA ( Yang Dipertua Agong ):

»  Ketua negara
»
  Lambang taat setia
»  Lambang negara
»  Ketua parlimen
»  Ketua pemerintah


KUASA PERUNDANGAN

»  Dijalankan oleh pelbagai badan perundangan


KEBEBASAN ASAS

»  Elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.


 PINDAAN  PERLEMBAGAAN

» Telah dipinda sebanyak 22 kali.
»  Dipinda oleh parlimen Perkara 161 (E) perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak . Boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap majlis berparlimen.


PERKARA - PERKARA YANG PERNAH DIPINDA

PEMISAHAN SINGAPURA

»  Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia dilarang oleh perlembagaan.
»  Memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu .

MENGENAI GENDER

»  Dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang.

KEKEBALAN RAJA

»  Mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai.

KEDUDUKAN YDPA

Image result for tatacara pindaan perlembagaan
»  YDPA mestilah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong.
»
  Dalam tempoh raja berhenti menjalankan fungsi, seorang pemangku raja dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi raja negeri berkenaan.

PENGURUSAN BEKALAN AIR

»  Membolehkan Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri.

KES ROGOL

»  Untuk meningkatkan lagi keberkesananya serta tingkatkan tahap keadilan.

‪‪‪

                           


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


  • Mengasakan Malaysia sebagai sebuah persekutuan .
  • Mempunyai raja berpelembagaan.
  • Sebagai negara demokrasi berparlimen.
  • Memperuntukkan islam sebagai agama rasmi tetapi Malaysia bukan sebuah negara teokrasi dan menjamin kebebasan agama kepada semua rakyat berbilang agama .
  • Memperuntukkan ketertinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang. 
  • Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman.

PERLEMBAGAAN NEGERI


  • Perlembagaan Malaysia juga merupakan satu perjanjian perkongsian antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.
  • Setiap negeri mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab tersendiri menurut Perlembagaan Negeri diistilahkan sebagai perlu.
  • Peruntukan  ini terkandung dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukan bahawa setiap Perlembagaan Negeri hendaklah mempunyai peruntukan tersebut.
  • Dalam jadual kelapan , terdapat 2 peruntukan utama iaitu :


  1. Bahagian i ↔ Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan
  2. Bahagian ii  ↔ Peruntukan sementara


  • Kebanyakan negeri Melayu mengikut peruntukan tetap. Peruntukan tetap ini mengariskan sesuatu negeri itu harus mengandungi :

  1. Raja / Yang Dipertua Negeri
  2. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 
  3. Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
  4. Dewan Undangan Negeri


  • Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukan perhubungan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Terdapat 7 bab iaitu :

  1. Pembahagian kuasa-kuasa perundangan 
  2. Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
  3. Pembahagian beban kewangan 
  4. Tanah
  5. Pembangunan negara
  6. Agihan Persekutuan kepada negeri
  7. Majlis Negara bagi kerajaan tempatan


  Image result for peruntukan utama dalam perlembagaan


BAHASA MELAYU


  • Kedudukan bahasa Melayu ditetapkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menentukan bahawa bahasa Melayu perlu digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Dengan maksud lain, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.
  • Bahasa-bahasa lain adalah dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tidak menghalang sesiapapun dalam kalangan warganegara untuk melakukannya. 
  • Sesiapa yang mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan didakwa Akta Hasutan 1948.

KEDUDUKAN  ISTIMEWA RAJA-RAJA MELAYU


  • Majlis Raja-Raja Melayu bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896.
  • Mesyuarat pertama DURBAR diadakan pada 13-17 Julai 1897 di Istana Negara.
  • Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948, keahliannya ditambah dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Johor , Kedah , Perlis ,Terengganu dan Kelantan.
  • Namanya dipendekkan sebagai Majlis Raja - Raja.
  • Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat untuk Raja dan Dipertua Negeri bertemu dan bincang.»  Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong terletak pada Majlis Raja-Raja.
  • Majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama islam di Malaysia.
  • Majlis ini dianggotai oleh 9 orang raja Melayu dan 4 orang Di Pertua Negeri di Malaysia.


FUNGSI UTAMA MAJLIS RAJA-RAJA


  • Memilih Yang Dipertuan Agong dan Timbalan Yang Dipertuan Agong.
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan , amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
  • Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.
  • Memberi ampun , reprief atau meremitkan dan meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12)  Perkara 42 ,  dan boleh menimbangkan soal mengenai dasar negara.

KUASA BUDI BICARA

Raja-Raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka untuk :

  • Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan 
  • Memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri.
  • Memilih atau memecat Yang Dipertua  Agong daripada jawatannya .
  • Bersetuju atau tidak setuju supaya apa-apa perbuatan , amalan atau upacara agama diperluaskan di seluruh Persekutuan.
  • Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (10) Perkara 182.



ISLAM SEBAGAI AGAMA


  • Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama islam sebagai agama bagi Persekutuan.
  • Raja atau Sultan bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negerinya. »  YDPA berperanan sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang , dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Majilis Raja-Raja bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.
  • Pada 17 Oktober 1968, bagi menyelaraskan pentadbiran hal ehwal agama islam pada peringkat Persekutuan  , sebuah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja.
  • Antara bidang tugas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ialah menasihati apa-apa perkara yang diajukan oleh Majlis Raja-Raja  , kerajaan negeri dan Majlis Agama Negeri.
  • Setiap negeri mempunyai sebuah Majlis Agama Islam yang berperanan menasihati raja mengenai hal ehwal agama islam .
  • Penubuhan majlis ini adalah berdasarkan undang-undang negeri .


PERAKARA-PERKARA DIBAWAH KUASA PERUNDAGAN NEGERI MENGENAI AGAMA ISLAM


  • Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga
  • Adat istiadat Melayu 
  • Wakaf
  • Fitrah   
  • Zakat
  • Baitulma
  • Masjid  
  • Mahkamah Syariah 

  KEWARGANEGARAAN



KEWARGANEGARAAN SECARA KUATKUASA UNDANG-UNDANG

  • Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan .
  • Individu yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan menjadi warganegara atas peruntukan kelayakan yang ditetapkan dalam bahagian 1.



KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN



  • Isteri dan anak warganegara  
  • Seseorang yanng berumur kurang daripada 21 tahun
  • Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih  dan lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
  • Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautuin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia



KEWARGANEGARAAN SECARA KEMASUKAN NATURALISASI


  • Individu tersebut  telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan.
  • Berniat menjadi pemastauti tetap Persekutuan Malaysia .
  • Tingkah laku baik.
  • Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu. 



KEHILANGAN KEWARGANEGARAAN



  • Individu tersebut menolak kewarganegaraannya .
  • Seseorang individu telah menjadi kewarganegara asing 
  • Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau tindakannya .
  • Seseorang warganegara yang bermastautin di negara asing melibihi 5tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan.


HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA , DAN HAK KAUM-KAUM LAIN


  • Orang melayu merupakan penduduk asal negara ini dari sinilah nama Tanah Melayu terbentuk. Orang melayu pada zaman dahulu merupakan bangsa yang terkenal dari segi pelayaran, seni bina, dan seni halus. Kebanyakan orang melayu zaman dahulu terlibat dalam sektor pertanian , perikanan dan pelautan
  • Orang melayu ditakrifkan sebagai:
  1. Seorang yang beragam islam
  2. Bertutur bahasa melayu
  3. Mengamalkan adat istiadat melayu
  4. Lahir sebelum hari merdeka


  • Bumiputra di Sabah dan Sarawak ( termasuk bukan melayu )tergolong menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang melayu di Tanah Melayu:


  1. Perkhidmatan awam
  2. Ekonomi
  3. Pendidikan 


PERKHIDMATAN AWAM


  • Ketika tanah melayu  di bawah penjajah british , kebanyakan jawatan-awatan rendah dalam pentadbiran dipegang oleh golongan kaum lain, terutama orang India dan Sri Lanka yang boleh bertutur bahasa Inggeris.

EKONOMI



  • Semenjak penjajah british sehinggalah kemerdekaan, orang melayu masih kurang menceburkan  diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.
  • Usaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan, terutama bidang perniagaan yang kebanyakan didominasi oleh bangsa asing.

PENDIDIKAN



  • Pada zaman penjajahan british, orang melayu tidak ramai yang pendidikan sama ada sekolah rendah atau menengah
  • Orang Melayu ketinggalan sama ada dalam pendidikan melayu atau pendidikan Inggeris . Kebanyakan mereka adalah buta huruf.
  • Orang Melayu tidak boleh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Justeru, kemudahan khas perlu diadakan agar orang Melayu dapat bersaing dengan kaum lain dalam sektor pendidikan.



HAK ASASI DI SISI PERLEMBAGAAN

PRINSIP MALAYSIA


  • Komitmen penuh mengikut prinsip-prinsip asas.
  • Berpegang bahawa kesemua hak asasi manusia adalah bersifat sejagat.
  • Mematuhi dan menghormati sepenuhnya kedaulatan negara.
  • Menyokong hak-hak untuk pembangunan sebagai hak sejagat.



BAHAGIAN 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENJAMIN KEBEBASAN ASASI



  • Hak kepada kehidupan 
  • Hak kepada kebebasan peribadi 
  • Kebebasan beragama
  • Hak-hak berkaitan pelajaran
  • Hak memilih harta
  • Kebebasan bergerak 


KEBEBASAN DIRI



FASAL 1


  • Perkara 5 memperuntukkan tidak seseorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya melainkan menurut undang-undang.


FASAL 2


  • Jika pengaduan dibuat kepada hakim, mahkamah hendaklah menjalankan penyiasatan.

FASAL 3


  • Jika seseorang ditangkap, dia hendaklah diberitahu segera punca dia ditangkap.


KEBEBASAN DIRI

  • Tiada keabdian dan kerja paksa  
  • Sama rata di sisi undang-undang
  • Larangan buang negeri  
  • Kebebasan bercakap
  • Kebebasan beragama
  • Sama rata dalam pelajaran
  • Hak untuk harta

No comments:

Post a Comment