Pengenalan
Negara malaysia ini mencapai kemerdekaan setela melalui suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semanagat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu,semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.
PERJUANGAN KEMEDEKAAN
Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Perjuangan kemerdekaan di negara ini berkembang secara menyelurh mulai awal abad ke-20,ekoran kebangkitan nasionalisme dalam kalangan rakyat yang bersandarkan aspek-aspek keagamaan,sosial,ekonomi dan politik.Semangat nasionalisme dan perjuangan mereka ditunjukkan melalui akhbar-akhbartempatan dan penubuhan persatuan.Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.
KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME MENGIKUT KAUM
NASIONALISME MELAYU
TAHAP KEAGAMAAN
- dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam pada hujung abad ke-19
- dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abdul & penyokongnya "Al-Manar" memperjuangkan konsep Pan-Islam (pembebasan agama Islam dari fahaman kuno)
- perjuangan ini juga dikenali sbg "pembaharuan islam atau gerakan wahabi"
- mempengaruhi pelajar pelajar Melayu yang dipimpin oleh Sheikh Tahir Jalaluddin & Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi
- kumpulan mereka digelar sebagai "Kaum Muda" & menerbitkan beberapa buah majalah (Al-Imam, Al-Ikhwan, dan Saudara) dengan tujuan menyebarkan ideologi- ideologi mereka.
- Kaum Muda menyampaikan matlamat perjuangan melalui majalah yang diterbitkan, menggalakkan masyarakat menubuhkan persatuan untuk pembangunan masyaraka, liberalisasi dalam pendidikan agama, kebebasan kaum wanita dan pemodenan.
- perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan Kaum Tua (golongan elit Melayu tradisional dan ulama)
- Kaum Tua mempunyai fahaman yang lebih konservatif dan agak sukar menerima pembaharuan
- 1920, gerakan nasionalis orang Melayu mula diambil alih oleh golongan yang lebih sekular
TAHAP SOSIOEKONOMI
- perjuangan lebih bersifat sekular dan tumpuan diberikan kepada kedudukan sosioekonomi orang Melayu
- konsep Pan-Islamisme semakin kurang dibangkitkan
- dipelopori oleh golongan yang mendapat pendidikan Melayu dan sebahagian golongan elit Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris
- Kesatuan Melayu Singapura berperanan memastikan orang Melayu tidak ketinggalan memperoleh manfaat pemodenan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
- golongan yang berpendidikan Melayu menubuhkan Persaudaraan Sahabat Pena ( PASPAM) pada 1934 untuk memperjuangkan pemulihan sosioekonomi masyarakat Melayu.
TAHAP POLITIK
- wujudnya nasionalisme tahap politik dalam masyarakat Melayu ekoran tekanan dari bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada 1920-an
- parti parti politik ditubuhkan untuk memperjuangkan konsep "Tanah Melayu untuk Orang Melayu"
- golongan lebih radikal telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KKM) pada tahun 1938 memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan penyatuan dengan Indonesia untuk membentuk "Melayu Raya"
NASIONALISME CINA
- perjuangan orang Cina lebih kepada pergolakan politik di negara China kerana ramai dalam kalangan mereka masih menganggap negara China sebagai tanah air mereka.
- kesedaran politik orang Cina di Tanah Melayu dikenalpasti sejak Perang China- Jepun yang tercetus
- faktor yang mempengaruhi semangat nasionalisme orang China:
i. pengisytiharan Gerakan Pembaharuan di negara China yang dikenali sebagai "Rancangan Pembaharuan 100 Hari"
ii. Gerakan Revolusioner yang berlangsung di negara China
iii. pengaruh Parti Kuomintang dari negara China yang memperjuangkan semangat penyatuan negara China serta pengukuhan negara melalui perindustrian dan pemodenan
iv. penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930 yang bermatlamat menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya
NASIONALISME INDIA
- perjuangan politik orang India di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada pergolakan di India. Hanya selepas perang beri tumpuan kepada politik di Tanah Melayu
- pada peringkat awal, tertumpu kepada pertubuhan bercorak sosial dan kebajikan serta melindungi kepentingan orang India
- faktor pencetus nasionalisme dalam kalangan orang India:
i. kegiatan antikolonial dalam kalangan orang Punjabi
ii. pengaruh parti parti kaum India yang bertujuan membela nasib kaum India
iii. perjuangan Central Indian Association of Malaya (CIAM)
iv. masyarakat India di Tanah turut dipengaruhi oleh Gerakan Kebangsaan di India yang dipelopori oleh Mahatma Ghandi
PERJUANGAN DAN IDEA-IDEA SEMANGAT KEBANGSAAN MELALUI AKHBAR ATAU MAJALAH
MAJALAH
i. Lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana & puisi yang disiarkan.
ii. Sehingga tahun 1940-an - terdapat 120 buah majalah pelbagai corak diterbitkan.
iii. Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera serta politik anti penjajahan & orang asing.
iv. Antara majalah terkenal : Majalah Guru (1924), Pengasuh (1918) dan Bulan Melayu (1930)
Majalah Guru
Pengarangnya : Muhamad Dato' Muda Linggi, Yusuf Ahmad, Mohd Sidin Rashid
Antara isu yang diperjuangkan :
- Pendidikan anak-anak Melayu
- Menyeru perpaduan orang Melayu
- Meniupkan semangat cinta akan negara.
- Membaiki taraf hidup orang Melayu.
- Memajukan bahasa & sastera Melayu.
- Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
Majalah Pengasuh
Pengarangnya : Dato' Nik Mohamad
Antara isu yang diperjuangkan :
- Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah.
- Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.
- Memperluas ilmu dalam semua bidang
- Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
- Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.
Majalah Bulan Melayu
Pengarangnya : Zainon Sulaiman
Antara isu yang diutarakan :
- Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
- Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri.
- Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.
- Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.
GERAKAN BERORGANISASI MENENTANG PENDIDIKAN KOLONIAL
NAMA PERSATUAN: KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS)
TEMPOH DITUBUHKAN: 1926
TOKOH-TOKOH UTAMA: ORANG MELAYU SINGAPURA BERPENDIDIKAN
INGGERIS
*MOHAMMAD EUNOS ABDULLAH
*TENGKU ABDUL KADIR
*EMBOK SULOH
MATLAMAT: MEMPERBAIK KEDUDUKAN SOSIOEKONOMI ORANG MELAYU SEKALIGUS MEMUPUK KECENDERUNGAN UNTUK BERGIAT DALAM POLITIK.
NAMA PERSATUAN: PERSAUDARAAN SAHABAT PENA (PASPAM)
TEMPOH DITUBUHKAN: 1934
TOKOH-TOKOH UTAMA: GOLONGAN BERPENDIDIKAN MELAYU YANG PRO KAUM MUDA
*SYED ALWI
*S.M. ZAINAL ABIDIN
*SYEIKH ABDULLAH AL-MAGHRIBI
MATLAMAT: MEMPERBAIK KEDUDUKAN SOSIOEKONOMI ORANG MELAYU DENGAN MENGADAKAN PERSIDANGAN-PERSIDANGAN BAGI MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH ORANG MELAYU
NAMA PERSATUAN: PERSATUAN MELAYU PERAK (PMPK)
TEMPOH DITUBUHKAN: 18 SEPTEMBER 1937
TOKOH-TOKOH UTAMA: TERUTAMANYA KAKITANGAN KERAJAAN
*WAN MOHD NUR BIN WAN NASIR
*S.KASSIM
MATLAMAT: MELAKSANAKAN DASAR BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN BRITISH ATAS TUJUAN MENJAGA KEPENTINGAN ORANG MELAYU.
NAMA PERSATUAN: PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)
TARIKH DITUBUHKAN: APRIL 1930
TOKOH-TOKOH UTAMA: SEBAHAGIAN BESARNYA ADALAH ORANG CINA
MATLAMAT: MENUBUHKAN SEBUAH REPUBLIK YANG BERFAHAMAN
NAMA PERSATUAN: PERSATUAN MELAYU SELANGOR
TEMPOH DITUBUHKAN: JUN 1937
TOKOH-TOKOH UTAMA:
*TENGKU ISMAIL BIN TENGKU MOHD YASIN
*RAJA BOT BIN RAJA YAHYA
*RAJA YAACOB BIN RAJA ALANG
MATLAMAT: BERSIFAT SEPARUH POLITIK. BANYAK MEMPERJUANGKAN PELUANG ORANG MELAYU UNTUK BERKHIDMAT DALAM SEKTOR KERAJAAN, MEMPERJUANGKAN PENDIDIKAN MELAYU DAN MEMPERJUANGKAN PEMELIHARAAN KEDUDUKAN ORANG MELAYU DALAM PERSAINGAN DENGAN BANGSA PENDATANG.
NAMA PERSATUAN: PERSATUAN MELAYU PAHANG
TEMPOH DITUBUHKAN: MAC 1938
TOKOH-TOKOH UTAMA:
*TENGKU MUHAMMAD BIN SULTAN AHMAD
*DATUK HUSSEIN BIN MOHD TALIB
MATLAMAT: MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU DAN MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.
NAMA PERSATUAN: PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN
TEMPOH DITUBUHKAN: 9 SEPTEMBER 1938
TOKOH-TOKOH UTAMA:
*TENGKU MOHAMAD NASIR
*RAJA NORDIN MOHD TAHIR
MATLAMAT: MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU DAN MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.
Kesatuan Malaya
(Malayan Union)
(Malayan Union)
Ø British kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu.
Ø British memperkenalkan satu sistem pentadbiran baharu yang dikenali sebagai Kesatuan Malaya atau Malayan Union.
Ø Pengenalan sistem pentadbiran baharu itu diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945.
Ø 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan daripada sembilan orang raja-raja Melayu.
Ø Malayan Union diluluskan secara rasmi pada Januari 1946.
Tujuan British memperkenallkan Malayan Union ialah:
a) Penyatuan wilayah-wilayah pentadbiran berasingan dan meningkatkan kecekapan
b) Perasaan anti-Melayu à Dengan penubuhan Malayan Union, British dapat mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.
c) Percubaan British ke arah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan tetapi mengikut ciri politik British.
d) Langkah penyatuan politik
-Penubuhan Malayan Union untuk mengintegrasi kaum Cina, India dan Melayu menjadi komuniti yang kuat.
-Memastikan sumbangan mereka sebagai sumber tenaga yang efektif dan mengembangkan ekonomi kekal terpelihara
Syarat-syarat utama Malayan Union:
A Semua negeri Melayu disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.
B. Singapura dikeluarkan daripada persekutuan dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British di bawah seorang Gabenor British berasingan.
C. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan.Sultan hanya satu gelaran dan mereka hanya boleh bersuara dalam hal-hal yang menyentuh agama islam dan adat resam Melayu.
D. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunanà Prinsip jus soli dipraktikkan dalam soal kewarganegaraan.
E. Seorang Pesuruhjaya Negeri akan dilantik di setiap negeri sebagai ketua pentadbir dibantu oleh Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri daripada pegawai-pagawai British
Penentangan terhadap Malayan Union
Malayan Union mendapat tentangan yang hebat terutama daripada orang Melayu kerana beberapa perkara, iaitu:
a) Kehilangan kedaulatan Raja Bagi orang Melayu, raja atau sultan merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang Melayu.
b) Pemberian kerakyatan secara jus soli
-Dipercayai boleh mengurangkan majoriti orang Melayu.
-Kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu akan terjejas dan menyebabkan hak orang Melayu terancam
c) Malayan Union digubal tanpa mendapatkan pandangan daripada orang Melayu
-Malayan Union dirancang di London tanpa pengetahuan dan penglibatan pemimpin-pemimpin Melayu dan dilakukan secara tergesa-gesa.
d) Kaedah Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu
-Beliau mengggunakan kekerasan dan paksaan supaya semua sultan menerima pelaksanaan Malayan Union.
-Para sultan tidak diberi masa untuk membincangkan cadangan ini dengan pembesar
-pembesar negeri dan rakyat jelata
O Orang Melayu menunjukkan rasa tidak puas hati mereka melalui akhbar seperti Majlis dan Utusan Melayu.
O Dato’ Onn Jaafar, Presiden Persatuan Melayu Johor membuat persidangan bersama 41 buah pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.
O Kongres bersetuju memulau pelancaran Malayan Union dengan menggesa raja-raja Melayu supaya tidak menghadiri majlis perasmian pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.
O Orang Melayu mempamerkan tidak persetujuan mereka dengan berkabung selama tujuh hari.
O Berlaku tunjuk perasaan di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Alor Setar.
O Pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 dan Dato’Onn sebagai Presiden.
O Tokoh wanita turut mempamerkan bantahan mereka misalnya Zaharah Abdullah (Johor), Halimahton Abdul Majid (Negeri Sembilan) dan Saleha Ali (Selangor).
O Malayan Union juga mendapat tentangan daripada sebahagian orang bukan Melayu.
O Mereka menyalurkan bantahan melalui pertubuhan Malayan Democratic Union (MDU).
Persekutuan Tanah Melayu
O Kerajaan British membentuk satu Jawatankuasa Kerja bertujuan menggubal satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu.
O Dibentuk dan dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu,dua orang wakil UMNO dan enam orang pegawai British dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Malayan Union yang sebelum ini.
O Jawatankuasa Kerja ini mengemukakan laporan mereka dan diterbitkan pada Disember 1946.
O Masyarakat bukan Melayu telah melahirkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan tersebut.
O Orang bukan Melayu menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Tanah Melayu (AMCJA) pada Disember 1946 dan dipimpin oleh Tan Cheng Lock.
O AMCJA menggabungkan pertubuhan bukan Melayu seperti MDU,MIC,Liga Belia Demokrasi Baru Tanah Melayu dan beberapa buah kesatuan sekerja.
O AMCJA mengemukakan enam cadangan baharu seperti berikut:
O Singapura disatukan kembali dengan Tanah Melayu.
O Menubuhkan Dewan Undangan Pusat yang anggotanya dipilih oleh rakyat.
O Hak sama rata bagi seluruh penduduk di Tanah Melayu.
Kemunculan parti-parti politik utama selepas perang dunia kedua
Pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (umno)
O UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar yang merupakan presiden pertama UMNO dan memegang jawatan ini sehingga tahun 1951.
MATLAMAT PENUBUHAN PARTI UMNO :
O Penentangan terhadap Malayan Union.
O Menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu.
O Anggota UMNO berpegang kepada cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang disuarakan sendiri oleh Dato’ Onn Jaafar semasa perhimpunan UMNO pada bulan September 1947.
O Pada 1948 UMNO dijadikan sebuah parti politik dan perlembagaan UMNO telah diluluskan pada 29 Mei 1946.
O Sehingga tahun 1951, sebanyak 39 buah bahagian UMNO telah ditubuhkan dengan keahlian seramai 100,375 orang.
O Manakala Perikatan Pemuda UMNO ditubuhkan pada tahun 1949 sementara Pergerakan Kaum Ibu ditubuhkan pada tahun 1947.
O Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946.
O Presiden pertamanya ialah John A. Thivy.
O Antara tokoh MIC yang disegani ialah Tun Sambanthan.
O Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA.
O Sejak kemasukan itu, ahli MIC telah mencapai 7000 orang sehingga tahun 1949 dan berlaku peningkatan keahlian kepada 20000 orang sehingga tahun 1955
TUJUAN UTAMA MIC DITUBUHKAN :
O Memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu.
O Memperjuangkan kepentingan politik bersam bagi seluruh Tanah Melayu.
O Mewakili kaum India dalam menyampaikan pendapat kepada kerajaan.
Persatuan cina malaya (MCA)
O Ditubuhkan pada 27 Februari 1949
O Idea penubuhan ini dilahirkan oleh Leong Yew Koh.
O Presiden pertama MCA ialah Tun Tan Cheng Lock.
O Pada tahun 1952, parti ini diisytiharkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi.
O Pada tahun 1949 ahlinya ialah seramai 100,000 orang dan telah meningkat menjadi 188,000 orang pada tahun 1951.
O Pada tahun 1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang dipanggil Parti Perikatan (PERIKATAN).
TUJUAN UTAMA MCA :
Melindungi hak dan kepentingan orang cina dan m
emelihara keharmonian kaum dalam sesebuah negara yang bersatu.
PERIKATAN
O Semasa Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952, kepimpinan parti UMNO Selangor dan MCA Kuala Lumpur mengambil keputusan membentuk kerjasama melalui pembentukan pakatan parti pelbagai kaum.
O UMNO-MCA telah memenangi 9 dari 12 buah kerusi yang dipertandingkan.
O Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Presiden MCA, Tan Cheng Lock mengambil keputusan membentuk Parti Perikatan pada tahun 1955.
O Gabungan UMNO-MCA-MIC dalam PERIKATAN menggambarkan kerjasama antara tiga kaum majoriti di Tanah Melayu.
O Pada tahun 1955, PERIKATAN memenangi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.
O Kemenangan ini melancarkan usaha ke arah rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
O Kejayaan Parti Perikatan ialah lambang perpaduan dan kesediaan rakyat tempatan untuk memerintah kerajaan sendiri.
PARTI MALAYA MERDEKA (IMP)
O Pada 16 September 1951, bekas presiden UMNO yang pertama, Dato’ Onn Jaafar telah keluar daripada parti dan menubuhkan Parti Malaya Merdeka (IMP).
O Penubuhan IMP merupakan satu penterjemahan untuk merealisasikan idea Dato’ Onn Jaafar mengenai kerjasama pelbagai kaum dalam satu parti.
O Keanggotaan IMP dibuka kepada semua kaum dengan objektif untuk mencapai kemerdekaan dalam masa sepuluh tahun.
O Walaubagaimanapun idea Dato’ Onn ini dianggap terlalu awal dan masyarakat berbilang kaum masih belum bersedia untuk bergabung dalam satu parti.
O Selain itu, wujud juga parti yang berlandaskan Islam.
O Misalnya, Hizbul Muslimin ditubuhkan dengan matlamat menegakkan sebuah negara Islam.
O Pada 24 November 1951, Parti Se-Malaya (PAS) pula ditubuhkan.
O Matlamat PAS adalah :
O Menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara.
O Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
O Memperketatkan syarat-syarat kerakyatan.
O Memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.
RUNDINGAN KEMERDEKAAN
O Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman bersama satu rombongan telah ke London untuk membuat rundingan tentang kemerdekaan.
O Anggotanya terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, seorang setiausaha, empat wakil raja dan empat wakil PERIKATAN.
O Hasil rundingan ini, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
O Menurut perjanjian ini, tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
O Ekoran itu, sebuah suruhanjaya perlembagaan baharu Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid telah dibentuk.
O Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid.
O Ahli lain dalam suruhnjaya ini ialah Ivor Jennings dari United Kingdom, William Mackell dari Australia, B. Malik dari India dan Halim Abdul Hamid dari Pakistan.
O Untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu, suruhanjaya ini mestilah mengambil kira pandangan penduduk dan 131 memorandum bertulis yang telah diterima daripada orang perseorangan dan bebrapa pertubuhan.
INTIPATI PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU YANG DIPERSETUJUI
O Sistem politik berasaskan Raja Berpelembagaan.
O Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang dipilih dikalangan sembilan orang raja Melayu.
O Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.
O Persekutuan ditadbir berdasarkan Demokrasi Berparlimen.
O Sebuah Parlimen yang dibentuk dianggotai oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat
PEMBENTUKAN MALAYSIA
LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pembentukan Malaysia mula tercipta pada 27 Mei 1961 melalui ucapan perdana menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj di hotel Adelphi, Singapura. Idea ini dikemukakan kerana Tunku Abdul Rahman ingin membentuk satu penyatuan perpaduan dari segi ekonomi, politik dan sosial melibatkan persekutuan Tanah Melayu dan kawasan-kawasan Jajahan British iaitu :-
· Brunei
· Sabah
· Sarawak
· Singapura
Idea ini dikemukakan juga kerana tanah melayu dan wilayah-wilayah terbabit dilihat sukar untuk berdiri dikaki sendiri (berdikari). Ianya juga dilihat berasingan dalam menghadapi sebarang persaingan diperingkat antarabangsa. Dengan cara ini juga kerjasama antara penduduk di wilayah-wilayah dapat dipertingkatkan dari segi politik, ekonomi dan social sekaligus demi menjayakan pembentukan gagasan politik baru di asia tenggara. Gagasan ini juga bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi.
Keseluruhan daripada idea ini telah menarik minat wartawan-wartawan yang hadir pada hari tersebut dan menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif terutama melibatkan wilayah-wilayah yang terbabit. Hal ini juga mendapat liputan di akhbar-akhbar dan membahaskannya. Kebanyakan pihak ada yang mengatakan bahawa tindakan Tunku Abdul Rahman sangat tergesa-gesa dan mengejutkan banyak pihak. Walhal, sebelum idea ini dibentangkan Tunku Abdul Rahman telah membuat beberapa persidangan dan pertemuan bersama beberapa orang tokoh dari wilayah-wilayah terbabit.
Peristiwa-peristiwa yang membuktikan bahawa Tunku Abdul Rahman telah membuat pertemuan sebelum mencadangkan gagasan ini ialah, pada bulan Januari 1961 Tunku Abdul Rahman telah mengadakan pertemuan dengan Lee Kuan Yew di singapura. Manakala pertemuan bersama Senu Abdul Rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei. Pertemuan bersama Harold MacMilan, iaitu perdana menteri British pula diadakan di London pada awal tahun 1961. Perisitiwa ini membuktikan bahawa idea ini dititikberatkan dan berpandangan jauh. Pada abad ke-19, idea ini telah diutarakan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, iatu Lord Brassey yang mencadangkan supaya negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi sebuah tanah jajahan mereka. Tetapi cadangan itu ditolak oleh pemegang saham syarikat berkenaan.
Idea penggabungan semua wilayah juga sekali lagi dicadangankan oleh Pesuruhjaya Besar British, Malcom Mac Donald pada tahun 1949-1952 namun cadangan ini tidak dilaksanakan. Cadangan umpama ini juga pernah dilahirkan oleh Mohd.Ghazali Shafie pada tahun 1954 yang mencadangkan penubuhan Komenwal Asia Tenggara.
Idea gabungan yang lebih kecil yang melibatkan Tanah Melayu dan Singapura juga pernah diutarakan beberapa kali, terutama oleh ketua menteri Singapura.
· David Marshall (ketua menteri yang pertama)
· Lim Yew Hock (ketua menteri yang kedua)
Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura untuk bergabung dengan Tanah Melayu sebagai sebuah wilayah politik. Dalam tempoh tersebut cadangan ini tidak mendapat perhatian daripada Perikatan Tanah Melayu.
Penggabungan kecil yang melibatkan Singapura dan Tanah Melayu tidak dapat diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini kerana fenomena akan melibatkan ancaman politik di Tanah Melayu. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majoriti Melayu yang wujud pada waktu itu. Imbangan kaum seumpama ini akan dipandang sebagai isu sensitif kepada masyarakat melayu kepada masyarakat melayu yang sebelum ini lebih ramai dan mempunyai suara (hak-hak istimewa). Hal ini juga dikhuatiri ideology komunis yang sedang hangat menular di Singapura akan merebak dengan mudah ke Tanah Melayu.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS
Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil
Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.
MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA
Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia , Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia , Kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.
Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Oleh itu, Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya.
Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut, pihak British khuatir wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. Disamping itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap negeri Sabah, Sarawak dan Brunei .
PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia .
MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK .
Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia , Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia .
Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British manakala orang-orang luar yang datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di kalangan orang luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit dan faktor ini membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.
MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA
Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam, kemasukkan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
Reaksi Sarawak , Sabah , Brunei dan Singapura
Rakyat Sarawak
Sebelum Tunku Abdul Rahman mengumumkan persetujuan penubuhan Malaysia, di Sarawak hanya terdapat dua buah pertubuhan politik iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pimpinan Ong Kee Hui yang majoritinya penduduk Cina dan Parti Negara Sarawak (PANAS) dipimpin oleh Dato Bandar Abang Haji Mustapha yang ahlinya terdiri daripada orang Melayu . Kemudian orang Iban pula menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di bawah pimpinan Stephen Kalong Ningkan. Setelah pengumuman dibuat parti-parti politik di Sarawak mula berkembang dengan hebatnya seperti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) dipimpin oleh Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Talib Mahmud,Pada asalnya cadangan penubuhan Malaysia ini kurang mendapat sokong parti di Sarawak, terutama SUPP yang bimbang dengan bentuk penjajahan baru ke atas Sarawak dan SNAP yang bimbang orang bukan Melayu dan peribumi hilang identitinya. Ada juga parti yang mahu supaya Sarawak merdeka terlebih dahulu sebelum menyertai gagasan tersebut dan takut ekonomi Sarawak dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Namun selepas lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 ke Sarawak, pada bulan Oktober 1962 kesemua parti politik ini kecuali SUPP telah bersetuju untuk bergabung bentuk Parti Perikatan Sarawak dan menyokong usaha tersebut atas alasan untuk mempercepat kemerdekaan Sarawak, meningkatkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian, mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di Sarawak. Dengan sokongan yang diberikan akhirnya Sarawak telah bersetuju untuk bersama-sama dalam proses pembentukan Malaysia.
Rakyat Sabah
Bagi Sabah pula, sebelum pengumuman Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia belum wujud lagi parti-parti politik. Parti-parti mula ditubuhkan apabila usul cadangan penggabungan dilakukan untuk mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan tentangan cadangan pembentukan Malaysia seperti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO Jun 1961) dipimpin oleh Donald Stephens, Pertubuhan kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO Disember 1961) dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun, Parti Pasok Momugun ( Jun1966 ) dipimpin oleh G.S. Sundang dan Parti Demokratik dipimpin oleh Peter Chin. Sama seperti Sarawak, parti-parti di Sabah ini juga menentang dengan alasan yang sama iaitu UNKO bimbang orang bukan Melayu dan kaum peribumi Sabah kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu, politik dan ekonomi Sabah akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat, mahukan kemerdekaan terlebih dahulu diberikan serta bimbang tentang isu kemajuan ekonomi dan sosial. Setelah lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 yang menjelaskan kedudukan penggabungan tersebut akhirnya parti-parti politik Sabah bersetuju untuk menyertai gagasan Malaysia. Dalam pada masa yang sama Sabah dan Sarawak telah buat tuntutan sebagai syarat untuk menyertai Malaysia. Syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan yang bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. Perkara 20 tersebut merangkumi Ketua Negeri, Bahasa Kebangsaan, Agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan dan pelajaran. Setelah bersetuju dengan syarat tersebut barulah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak akan dilakukan.
Reaksi brunei
Sultan brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia . kebanyakan rakyat brunei pada peringkat awal berminat menyertai gabungan , Cuma mereka lebih hasrat untuk memperoleh kemerdekaan sendiri dahulu sebelum bergabung . Bulan julai 1962 persidangan majlis undangan brunei telah menyatakan persetujuan mereka terhadap pembentukan Malaysia namun keputusan muktamad belum diambil. Penetangan yang hebat datang daripada Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A.M Azahari . parti ini sangat berpengaruh di Brunei . A.M Azahari pada amnya lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara yang melibatkan Brunei,Sabah dan Sarawak yang dipanggil kerajaan Kalimatan Utara . Parti Rakyat Brunei dipercayai Berjaya mempengaruhi penduduk Brunei untuk menentang pembentukan Malaysia . A.M Azahari berpendapat pembentukan Malaysia merupakan cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya di wilayah yang pernah dijajah oleh mereka supaya penguasaan ekonominya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka , Mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan apabila menyertai gabungan ini .
Reaksi Singapura
Di singapura, amnya semua pihak suka dengan konsep Malaysia dan menyetujui pembentukan sebuah Negara dan kerajaan baru. Lee Kuan Yew dikatakan paling berminat. Bagaimanapun ada pihak-pihak tertentu di singapura berlainan pendapat atau menaruh kesangsian tentang keutuhan Malaysia. Rakyat singapura pada awalnya memberi sokongan penuh tetapi perubahan politik Rakyat singapura pada awal tahun 1961 menukar pendirian sebahagian rakyat singapura. Parti Tindakan Rakyat atau People’s action party (PAP) dan amnya kerajaan PAP dibawah pimpinan lee kuan yew menerima tentangan daripada parti serpihan PAP , iaitu sebuah parti sosialis United people’s party (UPP) . UPP menentang pembentukan Malaysia kerana rancangan Tunku Abdul Rahman sebagai satu rancangan kerajaan britih mengekalkan pengaruhnya . Keadaan menjadi semakin keruh kerana calon PAP telah dikalahkan oleh Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh dalam satu pilihan raya kecil di Hong Lim dan Anson pada April 1961 . Bagi Tunku dan Lee Kuan Yew peristiwa ini menguatkan lagi itizam mereka kearah pembentukan Malaysia . ini sama sekali bertentangan dengan spekulasi akhbar dan pihak-pihak tertentu .
REAKSI NEGARA-NEGARA JIRAN
FILIPINA
Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi, pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia . Filipina kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia .
Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia . Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.
Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan Sabah dan Sarawak . Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia , Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)
Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut.
Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia . Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia . Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaaan Brunei menyertai gabungan.
Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas akan konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei . Untuk tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia . Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan pembentukanMalaysia ini. Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit. Semenjak pembentukan jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.
Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff, Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.
SURUHANJAYA COBBOLD
Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa dengan memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri) ke dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu, banyak faedah diperoleh rakyat Negara-negara yang berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah serta telah menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan. Selain itu, suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Semasa menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600 pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak ) memorandum yang dikemukakan sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua kaum, Majlis Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan, pemimpin-pemimpin agama mahupun orang perseorangan. Daripada keseluruhan kerja atau tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Cobbold ini, jelas mereka membuat tinjauan serta penyiasatan secara menyeluruh dan mewakili sebahagian besar penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
a. 1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat
b. 1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
c. 1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.
JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak .
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
a. Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia , kecuali Sabah dan Sarawak .
b. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia , tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
c. Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
d. Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
e. Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.
REFERENDUM SINGAPURA
Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold, Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia . Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia , tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.
Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia , cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
a. Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).
b. Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
c. Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayahBorneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).
Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia .
Penganalisis sejarah mendakwa sokongan Singapura ini adalah ekoran kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat berhubung tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan, perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis akan dapat dibendung dengan jayanya dengan pembentukan ini. Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.
ISU BRUNEI DAN SINGAPURA
BRUNEI
Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan rancangan kemasukan Brunei dalam persekutuan Malaysia kerana beberapa permintaan beliau tidak dipersetujui dan tidak dipatuhi oleh pemerintah tanah melayu.
Antara tuntutan Brunei seperti berikut :-
- Menuntut 10 kerusi dalam parlimen
- Menguasai semua hasil minyak
- Memegang autonomi hal-hal keuwangan pada peringkat awal
- Mengekalkan semuapelaburannya
- Mengekalkan kadar percukaian yang rendah
- Meneruskan program pendidikan dan kebajikan
- Menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin
- Meminta agar kekuasaan Sultan Brunei dalam Majlis Raja-Raja dikira daripada tarikh baginda menjadi Sultan dan bukannya tarikh kemasukan Brunei ke dalam Malaysia
Tuntutan paling utama ialah soal kekuasaan baginda dan soal penguasaan ke atas hasil minyak negerinya. Walaupun permintaan telah dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman tapi Sultan tetap mengambil keputusan untuk tidak menandatangani perjanjian Malaysia. Hal ini kerana soal kekuasaan baginda tidak dipertimbangkan secukupnya.
Seterusnya,selain baginda A.M. Azahari yang memimpin rakyat Brunei telah menghantar satu memorandum kepada Majlis Mensyuarat Undangan negeri Brunei bagi mmenyatakan bantahan Parti Rakyat Brunei tetapi kerajaan British menangguhkan perbincangan memorandum. Hal ini membangkitkan kemarahan Parti Rakyat Brunei. Kemuncak kepada penentangan ini, Paarti Rakya Brunei te;ah mencetuskan pemberontakan bersenjata kepada 8 Disember 1962 terhadap kerajaan Brunei sendiri supaya menolak penyertaan mereka. Dalam hal itu Indonesia secara terang-terangan menyokong tindakan Parti Raykat Brunei dan parti ini juga mendapat bantuan darpada Parti Komunis Indonesia(PKNI)
Pemberontakan ini berjaya dipatahkan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan kerajaan British dan persekutuan Tanah Melayu. Namun, fenomina ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman berpendapat kemasukan Brunei boleh menimbulkan masalah politik. Justeru,pemyertaan Brunei ke dalam Malaysia dibatalkan.
SINGAPURA
Sebelum pembentukan Malaysia lagi Lee Kuan Yew telah menegaskan walaupun singapura bersetuju menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat singapura sendiri. Hal ini ditegaskan kerana Lee Kuan Yew ingin memastikan rakatnya tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan.
Pada 23 Ogos 1961 , mesyuarat rasmi telah diadakan antara Singapura dengan Persekutuaan Tanah Melayu dan mencapai persetujuaan atas beberapa perkara. Antara perkara tersebut ialah menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan menjadi tanggungjawab persekutuan. Walau bagaimanapun, soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Singapura. Perkara ini juga menjadi bidang kuasa Persekutuan Tanah Melayu dan negeri-negeri Melayu. Semua perkara tersebut termaktub di dalam kertas putih dan diisytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961. Selain itu, jumlah perwakilan Singapura yang akan masuk ke dalam Dewan Rakyat telah ditetapkan, iaitu seramai 15 orang.
Setelah 2 tahun Sinapura berada di dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dan Singapura menjadi mula menjadi tegang. Hal ini kerana banyak perselisihan faham telah timbul antara kerajaan Singapura dengan Kerajaan Persekutuan tanah Melayu. Antara isu yang menjadi perbahasan hangat ialah soal ekonomi, parti dan perkauman. Bagi aspek ekonomi , Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah sepakat untuk memajukan sektor perindustrian dan perkilangan bersama.
Dalam hal ini, barang-barang yang dihasilkan digunakan dalam negeri dan bukan untuk dieksport ke luar negara. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama. Namun apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai. Keadaan ini mengecewakan Singapura.
Dalam soal parti dan perkauman, Parti Tindakan Rakyat yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew cuba bertanding dengan PERIKATAN di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. PAP cuba untuk menarik perhatian bahawa MCA tidak mampu untuk membangan dan memajukan orang cina. Kempen ini telah dijalankan oleh PAP sehingga pergerakkan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan ke atas hak istimewa orang Melayu. Dalam hal ini, PAP seakan-akan melupakan pengorbanan orang Melayu yang selama ini sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu. Keadaan ini juga telah mencetuskan rusuhan pada 21 Julai 1964. Keadaan ini lebiihh teruk apabila Singapura memperjuangkan pesamaan hak dan kempen ’Malaysia untuk orang Malaysia’ yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Untuk merealisasikan cita-cita ini, Singapura telah membentuk ’United Opposiyion Front’ yang kuat memperjuangkan konsep persamaan hak dan ’Malaysia untuk orang Malaysia’. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuuk meredakan keadaan, tetapi tidak berjaya. Akhirnya, pada bulan Ogos 1965, Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada Malaysia.
No comments:
Post a Comment