My Blog List

Friday, 3 February 2017

Bab 1

PENDAHULUAN
Sejarah awal bermula sejak beribu – ribu tahun dahulu . Penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak yang telah didiami oleh manusia sejak zaman prasejarah . Zaman paleolitik berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu . Petempatan awal seperti Kota Tampan , Perak , Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah . Perkembangan zaman paleolitik ke zaman mesolitik , zaman logam hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun di tanah air sejak sebelum masihi hinggalah abad ke sepuluh . Perkembangan ini terus berlaku pada abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha , Hindu , dan kemudiannya Islam .
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
Melaka
1 . merupakan kerajaan tertua di malaysia.
2. Contonya kerajaan kedah tua dan kerajaan perak.
3. Kerajaan yang wujud sebelum kelahiran kerajaan melaka
• Funan
• Majapahit
• Langkasuka
• Sriwijaya
• Khamer
• Kutai
• Gangga negara - Berpusat di palembang , sumatera tenggara
4. Muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 masihi.
5. Merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan di India 
6.Penyebaran agama hindu-buddha dan pengajian sanskrit
PENGASASAN MELAKA
1. Asal pada abad ke 15, pada tahun 1391 kerajaan srivijaya diserang oleh kerajaan majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di jawa)
2. Pemerintahan atau penguasa tempatan bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundur diri hingga Temasik ( Singapura )
3. Parameswara telah bertahta di Singapura , namun pada tahun 1938 telah membuat serangan balas ke atas singapura.
4. Parameswara sampai di Melaka , disitu wujud sebuah perkampungan nelayan
5. Berasal daripada istilah bahasa Arab ‘Malaqat’ bermaksud tempat berlindung.

FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN Melaka
Ø  Faktor ekonomi
• Kedudukkan strategik ditengah tengah jalan perdagangan , melaka dilimpahi kemewahan barang-
barang dagangan dari negara luar
• Kekayaan hasil serantau - rempah, hasil rotan, kayu dan damar
• Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan
entrepot
Ø  Faktor semula jadi atau geografi
• Kedudukan strategik – terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa
• Kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’ iaitu pertembungan dua angin monsun
utama yang membantu pelayaran
– Angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan November-Mac
 - Angin Monsun Barat Daya yang bertiup pada bulan April-Oktober
• Kekayaan sumber asli persekitarannya – hasil hutan seperti kayu-kayan yang berpotensi dalam
penghasilan kayu wangi, damar dan rotan
• Peranan Orang Melayu pesisir – penjual dan pengedar hasil-hasil hutan
• Hubungan masyarakat orang Asli dan orang Melayu dari segi pertukaran barang (sistem barter)
• Kaya dengan sumber galian – emas. terdapat banyak perlombongan emas
• Tradisi menggunakan warna kuning dalam institusi diraja melayu melaka.
• Terdpat banyak kawasan lombong bijih timah di semenanjug tanah melayu .
• Deretan hutan bakau di pesisiran pantai melaka.
• Terlindung oleh pulau sumatera – menggalakkan pertumbuhan plankton iaitu tumbuhan laut yang
menjadi makanan haiwan laut
Ø  Faktor politik
• Hubungan rapat antara melaka dengan negara china – melaka memperoleh perlindungan politik
• Mempunyai ciri keselematan dan ketenteraan yang lengkap

• Mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun termasuklah sistem cukai dan jual
belinya
KEJATUHAN Melaka (ABAD KE-15)
1)Faktor-faktor dalaman
1.Kelemahan pemerintah melaka
• Sikap Sultan Alauddin Riayat Syah (berani, tegas tapi menolak kekerasan) amat berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansur Syah (gagah, berani, tegas)
• Sultan Mahmud digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya.
• Pengganti Bendahara Tun Perak tidak secergas & sebijaksana beliau.
• Tun Perak diganti oleh adiknya Tun Perpatih Putih yang sangat tua dan tepok kakinya.
• Adik Tun Perpatih Putih dikatakan boros
2. Kelemahan sistem pertahanan
• Ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan
 3. Kurangnya perpaduan rakyat
• Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak.
• Wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) & puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak sefahaman.
• Wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu
4. Sikap pembesar
• Pembesar bersikap tidak adil – mengenakan cukai yang berlebihan kepada para pedagang
• Pedagang marah lalu mula mencari pelabuhan- pelabuhan lain seperti Acheh, Bentan, Pattani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka
 5. Pegangan agama yang lemah
• Pegangan dan penghayatan agama oleh sesetengah pembesar dan rakyat masih tidak dihayati sepenuhnya walaupun agama Islam menjadi anutan dan penyebaran utama di Melaka
• Berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan terhadap masyarakat

• Kegiatan rasuah semakin berleluasa dalam kalangan pembesar
2)Faktor-faktor luaran
• Penemuan Tanjung Pengharapan – penjelajahan masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa Barat mula berminat dengan tapak perdagangan di Timur
• Pengkhianatan dalam kalangan pembesar – Utimutiraja, seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis

• Pada tahun 1509 & 1511 – Melaka menang serangan pertama namun tewas pada serangan kedua. Serangan Portugis pada 24 Julai 1511 diketuai oleh Alfonso de Albuquerque bersama angkatannya (terdiri daripada 9 buah kapal perang dan 1400 oran tentera) telah berjaya menundukkan Melaka

KERAJAAN JOHOR
PENGASASAN KESULTANAN JOHOR
• Selepas kekalahan Melaka, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan Mahmud Syah berundur ke Selatan.
• Sultan Ahmad membuat kubu di Pagoh dan merampas semula dari Portugis.
• Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud berundur ke Pahang dan mereka berhijrah pula ke Bentan dan bersemayam di Kopak.
 • Sultan Mahmud melantik putranya bernama Raja Muzaffar, iaitu dengan puteri Kelantan.
• Sultan Mahmud bersemayam di Bentan tidak bermakna baginda berjaya mendirikan kerajaan yang tetap dan kukuh.
PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR SEHINGGA TAHUN 1718
• Diasaskan oleh warisan daripada kesultanan melayu melaka banyak mewarisi sistem dan bentuk pentadbiran daripada kerajaan melaka
• Pentadbiran pada peringkat pusat dan kedudukkan tertinggi dalam kerajaan adalah sultan dan dibantu oleh bendahara , temenggung laksamana dan syahbandar
PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR 1721-1819
Selepas tahun 1721 pusat pentadbiran kerajaan johor  tidak lagi berpindah dengan kerap. Riau menjadi pusat pentadbiran kerajaan johor Tahun 1718 – 1721 takhta kerajaan johor diduduki oleh seorang putera Raja dari siak bernama Raja kecil. Struktur kuasa kerajaan johor berubah kerana kewujudan jawatan Yamtuan Muda yang dikhaskan kepada keluarga bugis. Status pentadbiran memperlihatkan bertambah lagi dua orang individu yang berkuasa didalam kerajaan johor.
PERDAGANGAN DI JOHOR
• Kedudukan strategik
• Sungai yang lebar
• Kemudahan gudang dan sistem perdagangan yang tersusun
• Barang dagangan luar
• Peranan orang laut
• Persahabatan dengan belanda
PELABUHAN ENTREPOT
• Sebagai pelabuhan entrepot johor menguruskan barang- barang dagangan dari seluruh pelosok dunia
• Antara barang yang di dagangkan ialah emas, kayu gaharu, sarang burung, gading kapur barus dan bijih timah
• Johor juga membekalkan barang- barang eksport seperti hamba abdi , tikar minyak , ikan masin dan beras
• Keseluruhannya kerajaan johor menjadi pusat perdagangan yang masyhur pada abad ke 17

• Kerajaan ini juga menjadi pusat penyebaran islam

No comments:

Post a Comment