3.0 Latar Belakang Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara
Pemerintahan dan pentadbiran Negara adalah berasaskan suatu sistem yangtelah sedia dipraktikkan oleh masyarakat melayu sebelum era kolonikal lagi
•Struktur pentadbiran sebuah kerajaan melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan kesultanan melayu Melaka .
•Pada abad ke-19 ,berlaku perubahan dalam hala cara berpolitik,sistempemerintahan dan pentadbiran Negara.
•British mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negerimelayu dan memperkenalkan bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu
•Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaandengan struktur pentadbiran yang baharu diterima pakai yang dikenali sebagaiSistem Pengasingan Kuasa.
•Melalui sistem ini Badan Eksekutif(pentadbiran)menjalankan hal-ehwalpentadbiran Negara,manakala Badan Legislatif(perundangan)membentukundang-undang,Badan Judisiari(kehakiman) menjalankan proses kehakimandan keadilaan
•Walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud ,namun pada hakikatnyapengasingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara menyeluruhmemandangkan setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain .
Majlis raja-raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya dalam negara.Badan ini dianggotai oleh sembilan sultan orang melayu dan empat orang gabenor atau yang dipertua negeri.Badan ini dipimpin oleh YDPA.Antara bidang tugas utama majlis raja-raja adalah seperti yang berikut.
3.1.1 Majlis Raja-Raja
~Memilih Yang diPertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuanAgong bag persekutuan .
~ Memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama islam bagi seluruh persekutuan Tanah Melayu kecuali Sabah dan Sarawak.
~ Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuankepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang pelantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja .
~ Memikirkan tentang polisi Negara dan apa-apa jua perkarayang difikirkan patut untuk pembangunan Negara merupakan sebuah badan khas yang bertindak memelihara hak isitimewa orang melayu . Jika berlakuapa-apa tuntutan atau isu tentang kedudukan orang melayu , perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih dahulu di majlis ini .
• Majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara pelantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri iaitu :
i. Pelantikan Ketua Hakim Negara , dua orang Hakim Besar dan Hakim Mahkamah Agung serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi .
ii. Pelantikan Ketua Audit Negara .
iii. Pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam danSuruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan suruhanjayabebas .
3.1.2 Badan Pentadbiran Dan Pelaksana (Eksekutif)
Badan Pelaksana
|
Kuasa membuat dasar kerajaan dan melaksanakannya
Kuasa eksekutif terletak pada YDPA. Kuasa tersebut boleh dijalankan oleh baginda atau jemaah menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet
Parlimen boleh dengan kuasa undang-undang memberi kuasa eksekutif kepada orang lain mengikut peruntukan Perlembagaan
|
Kabinet/Jemaah Menteri
|
Badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA
Merupakan badan tertinggi untuk membentuk dasar kerajaan
Kabinet memberi arahan yang dilaksanakan oleh jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Kabinet bertanggungjawab kepada parlimen, jika PM dapat undi tidak percaya, seluruh jemaah menteri turut meletak jawatan.Parti yang mendapat undi majoriti Dewan Rakyat akan membentuk barisan Kabinet
YDPA akan melantik Timbalan Perdana Menteri dan menteri lain atas nasihat PM
|
Fungsi Kabinet
|
Membuat dan menggubal dasar kerajaan
Memberi arahan bagi melaksanakan dasar
Menentukan dasar kerajaan
Mengatasi masalah kecemasan rakyat dan negara
|
Ahli Kabinet
|
Diterajui oleh PM dan Timbalan PM
Mesyuarat diadakan sekali seminggu pada hari Rabu secara tertutup
|
Setiausaha Kabinet
|
Ketua Setiausaha Negara akan menjadi setiausaha Kabinet
|
Jawatankuasa Tetap
|
mengkaji sesuatu perkara sebelum diputuskan oleh Kabinet
Contohnya Jawatankuasa Perjawatan Mengkaji Keselamatan Jalan Raya
|
Jawatankuasa Khas/Sementara
|
mengkaji sesuatu perkara sebelum diputuskan oleh Kabinet
|
Jabatan Perdana Menteri
|
Menyelaraskan dasar kerajaan persekutuan
Menentukan corak kepimpinan negara
Menentukan pelaksanaan dasar kerajaan secara cekap dan berkesan melalui kementerian
Diketuai oleh PM
Dibantu oleh Menteri Kabinet
PM dilantik oleh YDPA
|
Organisasi di bawah Jabatan PM
|
Majlis Pembangunan Negara
Majlis Perancangan Negara
Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perangkaan Negara
Jabatan Audit Negara
Jabatan Peguam Negara
Badan Pencegah Rasuah
Jabatan Perpaduan Negara
Agensi-agensi pusat
|
Kementerian,Jabatan
|
Melaksanakan tugas eksekutif kerajaan pusat
Biasanya menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian dikenali sebagai Menteri Tanpa Berfortfolio
|
Jenis-jenis kementerian
|
Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan sahaja seperti Kementerian Luar Negara,Kementerian Pertahanan,Kementerian Pengangkutan,Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan dan negeri seperti Kementerian Pelajaran,Kementerian Kesihatan
|
Tugas Kementerian
|
Gubal dasar kerajaan
Merancang rancangan pembangunan
Menyelaras rancangan pembangunan
|
Bidangkuasa Persekutuan
|
Hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
Dipanggil Senarai Persekutuan
|
Bidang kuasa negeri
|
Hanya Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya
Dipanggil Senarai Negeri
|
Bidangkuasa persekutuan + negeri
|
Hanya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya
Dipanggil Senarai Bersama
|
3.1.3 Badan Perundangan (Legislatif)
- sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah itu juga membawa pengertian yang lebih khusus.
Struktur Badan Perundangan (Legislatif)
3.1.4 Badan Kehakiman (judisari)
- Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Badan kehakiman mempunyai kuasa :
- Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
- Menentukan kesasihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana
- Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Kebebasan Badan Kehakiman
- Kebebasan badan kehakiman bermaksud ia bebas daripada kawalan badan pentadbiran dan badan perundangan.Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada perkara-perkara berikut:
- Seseorang hakim ( Hakim Mahkamah Agung/Hakim Mahkamah Tinggi) setelah dilantik tidak boleh dilucutkaan jawatannya sebelum mencapai umur bersara, iaitu 65 tahun kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak berupaya (tubuh badannya uzur) atau sebab-sebab lain yang boleh memberi kesan kepada ke atas tugasnya barulah boleh dipecat.Pemecatan ini pula perlu disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat perdana menteri) yang mengandungi lima atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang memegang jawatan dari Malaysia atau mana-mana negara Komanwel.
- Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
- Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah.
- Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen,kecuali perkara itu telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu per empat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tersebut.
Badan PELANTIKAN
- Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri .Sebelum pelantikan dibuat,Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara.
- Dalam pelantikan Hakim Besar Tanah Malaysia,beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi.Manakala dalam soal pelantikan Hakim Besar Borneo, beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri Malaysia dan Malaysia.
- Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Agung, beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar manakala pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi,beliau perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara.
- Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan Hakim Besar.Majistret Kelas Pertama bagi Malaysia dilantik Yang di-Pertuan Agong.Manakala,pelantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh Raja/Sultan/Gabenor atas cadangan Hakim Besar.
- Majistret Kelas Kedua bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh Sultan/ Raja /Gabenor tanpa Hakim Besar.
Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia
- Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan.
- Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu:
- Mahkamah Persekutuan- terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Khas.
- Mahkamah Negeri- terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak)
3.2 DEMOKRASI BERPARLIMEN
- Bentuk kerajaan menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Sistem demokrasi, undang-undang digubal oleh rakyat melalui perwakilan yg dipilih oleh rakyat utk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Negara atau kerajaan mengamalkan sistem demokrasi dipanggil demokratik. Sebuah negara melaksanakan demokrasi adalah negara yg memperjuangkan kedaulatan rakyat.
3.2.1 MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN
- Pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hasil daripada proses pilihan raya rakyat diberi mandat memilih pemimpin mewakili mereka dan akan menjadi wakil rakyat di Parlimen. Telah dipupuk dan dipelihara sehingga meweujudkan kestabilan negara. Kebebasan yg kita nikmati tidak mutlak, tertakluk pada sekatan.
3.2.2 FAEDAH DARIPADA PENGALAMAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA.
- Kestabilan dan kemantapan politik sistem Demokrasi Berparlimen membolehkan rakyat melalui kerajaan dipilih merangka, menggubal laksanakan strategi pembangunan negara. Kerajaan berjaya melaksanakan Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula Malaysia bagi mencapai perpaduan mengekalkan keamanan negara.
3.3 RAJA BERPERLEMBAGAAN
- Era Kesultanan Melaka, Raja tonggak pemerintahan lambang kedaulatan negeri. Semasa prakolonial, raja Melayu merintah bawah sistem ' monarki mutlak ' pada tahun 1957.
3.3.1 MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN
- Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Malayisa. YDPA bertindak Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri. Tidak boleh bertindak sendirian kecuali perkara tertentu.
3.3.2 YANG di-PERTUAN AGONG
- YDPA kalangan 9 orang raja Melayu daripada 9 negeri Melayu bergilir-gilir. Pemilihan YDPA ikut peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
3.3.3 MAJLIS RAJA-RAJA
- Ditubuhkan formalnya tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu. Sembilan Negeri Melayu dan dua negeri selat. Ditadbir Malayan Union bawah pemerintahan tertinggi Gabenor British, 1946 dan 1948. Negeri di semenanjung di perintah berlainan, 5 negeri melayu tidak bergabung (kedah,perlis,kelantan,terengganu dan johor) 4 bergabung negeri melayu bersekutu (pahang,perak,selangor,negeri sembilan) tahun 1896 dan 1941 serta 3 negeri selat ( pulau pinang,melaka,singapura). Negeri melayu bersekutu menganjurkan Durbar, forum bersama raja pihak pentadbir British bermesyuarat masa ke masa. Durbar ialah precursor, pelopor kepada majlis raja-raja sekarang.
FUNGSI MAJLIS RAJA-RAJA
- Majlis raja bukan agung tetapi unik majlis merupakan satu satunya institusi rupa wujud di dunia papda masa ini. Negara mencapai kemerdekaan, majlis raja raja dikanunkan mengikut perkara 18 perlembagaan persekutuan fungsi mengikut jadual kelima perlembagaan persekutuan seperti memilih YDPA dan timbalan yang di pertuan agong bagi persekutuan ikut peruntukan jadual ketiga, setuju atau tidak undang-undang dan buat atau beri nasihat mengenai perlantikan menurut perlembagaan memerlukan persetujuan majlis raja-raja.
BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA
- Anggota majlis raja-raja bertindak menurut budi bicara mereka dlm apa-apa urusan berhubung dgn tugas seperti memilih atau memecat YDPA dari jawatan atau memilih timbalan YDPA, beri nasihat mengenai pelantikan ditetapkan oleh perlembagaan.
MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA
- Semua raja dan para YDPN automatik jadi anggota majlis raja-raja. Kehadiran adalah mustahak. Tidak boleh jadi anggota majlis raja maksud mesyuarat berhubung pemilihan YPDA dan timbalan YDPA melucutkan jawatan dan membincangkan keistimewaan raja.
3.4 PILIHAN RAYA
- Satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri. Proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. Dilakukan secara sulit. Calon dapat banyak undi dikira menang.
3.4.2 SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
- Pada Julai 1955,Pilihan Raya Persekutuan pertama di tanah melayu diadakan.Antara parti tersebut adalah Parti Perikatan seperti UMNO, MCA, MIC. Perikatan bertanding di kesemua 52 kerusi. Parti Negara pimpinan Dato’ Onn mengemukakan 33 orang calon. Parti Islan Se-Tanah Melayu(PAS) dengan 11 orang calon. Parti- parti lain seperti Parti Buruh,Pertubuhan Melayu dan lain-lain . Setelah selesai kiraan undi,PERIKATAN memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS.
3.4.3 FUNGSI PILIHAN RAYA
- Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi, mengekalkan pucuk pimpinan, pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan, meneruskan legasi negara demokrasi berparlimen, memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan, menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik.
3.4.4 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
- Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi, mengekalkan pucuk pimpinan, pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan, meneruskan legasi negara demokrasi berparlimen, memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan, menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik.Pada 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi 7 orang iaitu seorang Pengerusi, seorang timbalan Pengerusi, 5 ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya membentuk sebuah urus setia yang diketuai oleh seorang setiusaha . Setiusaha berperanan sebagai ketua pentadbir. Setiusaha pertama ialah Encik H.Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957-1958.
KEANGGOTAAN SPR
- Ahli - ahli SPR dilantik oleh YDPA ( Yang DiPertuan Agong ) selepas berunding dengan Majlis Raja- Raja. Ahli-ahli tersebut akan membantu SPR dan Ahli ahli terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi, 3 ahli dari Sabah dan Sarawak.
FUNGSI SPR
- Mengkaji dan membuat persempadan bahagian pilihan raya, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih, menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil,
mendaftar calon calon yang bertanding dan pastikan calon tersebut memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.
3.4.5 SISTEM PILIHAN RAYA
- Pilihan raya dari segi takrifnya boleh dikaitkan dengan perbuatan memilih dan ia adalah berbeza pula dengan perbuatan melantik. Sistem pemilihan yang biasa diamalkan boleh dikenal pasti mengikut kategori berikut sistem proportional. Sistem mudah (simple first-past-the-post) atau single member territorial representation. Malaysia mengamalkan pemilihan sistem simple first-past- the-post. Menerusi sistem ini, calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak (walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja). Sistem ini digunakan sejak pilihan raya umum pertama diadakan pada tahun 1959.
BILANGAN KERUSI/KAWASAN
- Seorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parliman (Pilihan Raya Umum) / Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Terdapat 22 kerusi Dewan Rakyat (parlimen) dan 578 kerusi Dewan Undangan Negeri.
PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA
- SPR bertanggungjawab mengkaji semula bahagian pilihan raya parlimen dan negeri. Menjalankan kajian setiap tidak kurang lapan tahun.
PENDAFTARAN PEMILIH
- Seorang pemilih mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Layak untuk mendaftar jika warganegara Malaysia, berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan, seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia, tidak hilang kelayakan.
HILANG KELAYAKAN PEMILIH
- Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang mengalami tahanan penjara, sebelum tarikh kelayakan,telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan, telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, telah memperoleh kerakyatan asing.
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
- Daftar - daftar pemilih baharu disediakan setiap 3 bulan sekali dan pendaftaran dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Daftar pemilih untuk tahun berkenan akan disahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan dan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.
PERMULAAN PILIHAN RAYA DAN PROSES PENAMAAN CALON
- Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.
PENGGUNAAN SIMBOL
- Seorang calon parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dapat kebenaran bertulis dari ketua parti berkenaan. Calon bebas memilih simbol yang disediakan SPR untuk dicetak pada kertas undi.
KEMPEN
- SPR merangka peraturan khas berkempen yang tertera dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 2002. Kempen boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon. Mesti berhenti pada 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. SPR menubuhkan jawatankuasa pada peringkat pusat atau negri bahagian pilihan raya beri penerangan pada parti dan petugas undang dan peraturan pilihan raya.
Parti politik dibenarkan membentangkan manifesto masing masing.
Deposit dipulangkan selepas 14 hari selepas 14 hari sekiranya menanggalkan poster.
HARI MENGUNDI
- Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah.
BARUNG SPR
KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI
- Harus diketahui bahawa hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi. Pengundi mestilah membawa kad pengenalan pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalan diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi.
CARA-CARA MENGUNDI
- Hanya boleh memangkah seorang calon sahaja dengan tanda "X". Pengundi perlu melipat mengikut garisan dikertas undi. Masukkan kertas undi dalam peti undi yang disediakan dan jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas-kertas undi mestilah ditandakan, dilipat dan dimasukkan dalam peti undi yang berasingan yang telah ditandakan dengan sama ada 'PARLIMEN' dan 'NEGERI' .
UNDI POS
- Dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.
PENGIRAAN DAN PENJUMLAHAN UNDI
- Dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau disebuah pusat pengiraan undi yang ditetapkan. Undi pos pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus dipusat pengiraan undi yang ditetapkan. Mereka yang dibenarkan memasuki tempat mengundi ialah ahli-ahli dan Pegawai SPR, pegawai yang dilantik oleh SPR, kerani mengira undi dan calon, wakil serta ejen mengira undi. Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan. Selepas selesai pengiraan undi, keputusan-keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus dipusat penjumlahan undi. Pegawai pengurus akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan.
PETISYEN PILIHAN RAYA
- Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Petisyen pilihan raya dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas keputusan pilihan raya. SPR mengeluarkan notis pilihan raya baharu jika pilihan raya batal.
PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
- Seorang calon tidak layak membelanjakan melebihi RM200,000 bagi Dewan Rakyat dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri. Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya. Gagal mengemukakan dalam tempoh ditetapkan satu kesalahan dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN
- Aspek penting adalah penyimpanan kertas undi dan dokumen lain yang berkaitan. Dokumen mestilah disimpan dalam peti khas dikunci dengan disaksikan ejen ejen calon. Pengarah Pilihan Raya Negeri menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan . Peti boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes petisyen. Selepas 6 bulan, Pegawai Pengurus melupuskan kertas undi. Pegawai pengurus mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah PIlihan Raya Negeri.
Blh tahu tak rujukn drp mana?..
ReplyDeleteboleh2
DeleteAmat lengkap. Terima kasih
ReplyDeleteBest sting aku ayhhhhhh
ReplyDeletestingg aku yuhuu
ReplyDelete