BAB 6: PEMBANGUNAN NEGARA
LATAR BELAKANG
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),
menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020.
RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
· Perancangan zaman sebelum merdeka
· Perancangan zaman selepas merdeka
· Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
MAKSUD PEMBANGUNAN
Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi. Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial, pendidikan ,psikologidansebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal ,kebendaan dan bukan kebendaan.
Secara keseluruhannya , pembangunan ekonomi Negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar pembangunanekonomi Negara sejak kemerdekaan sehingga kini. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan Negara untuk mengatasi segala masalah sosio ekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.
Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)
PERINGKAT 1
RM478.2 juta, iaitu 44.5% daripada keseluruhan peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Matlamat ini bertujuan menambahkan pendapatan peduduk luar bandar sekali gus merealisasikan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan dan mempelbagai sumber negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi tersebut sahaja, terutama biji timah dan getah. Hasil penyelidikan yang dijalankan, dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan, iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan memajukan sektor ekonomi luar bandar. Secara keseluruhan, RIDA yang bertujuan dalam membangunkan bidang sosial, ekonomi dan insfratruktur luar bandar. Pada tahun 1966, RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini bermatlamat menggalakkan penyertaan kaum melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian, membantu para usahawan Melayu yang baharu memulakan perniagaan dengan memberikan pinjaaman mahupun bantuan teknikal, menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar bandar dan mengadakan program-program latihan dan kemahiran atas tujuan meningkatkan produktiviti sumber manusia terutama penduduk luar.FELDA pula ditubuhkan untuk membuka tanah-tanah baharu untuk mempergiat sektor perladangan getah dan kelapa sawit sekali gus menambahkan hasil ekonomi negara, penempatan semula penduduk-penduduk luar bandar yang miskin dan berdaya ekonomi lemah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat diluar bandar. Pengurusan MARA dan FELDA ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada tahun 1959 yang berperanan menyelaraskan pembangunan luar bandar. Kementerian ini dipimpin oleh Dato’Abdul Razak hussein. Keseluruhannya,peruntukan untuk RM-1 ini ialah sejumlah RM1100 juta. Namun dari segi pencapaiannya, pelaburan sektor awam hanyalah sejumlah RM498 juta, iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang dirancangkan. Fenomena ini berlaku akibat jatuhnya harga biji timah dan getah di pasaran dunia.
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1961-1965
Walaupun matlamat Rancangan Malaya Kedua adalah hampir sama dengan Rancangan Malaya Pertama, perancangannya adalah lebih menyeluruh.Rancangan bagi program ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah uru setia ekonomi yang juga dibantu oleh pakar perunding dari Bank Dunia. Matlamat RM-2 adalah untuk memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA,menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman supaya hasil negara bertambah dan mengurangkan import makanan dari luar nrgara. Fenomena ini juga membolehkan pengurangan pergantungan kepada sektor-sektor pertanian tertentu sahaja dan penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 1966 bertujuan membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
Keseluruhannya, Rancangan Malaya Kedua ini lebih tersusun berbanding dengan Rancangan Malaya pertama kerana melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan dan rancangannya digubal berdasarkan permintaan rakyat. Peruntukan pembangunan juga telah ditambah sebanyak RM2150 juta,iaitu hampir dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Bagi memastikan kejayaan perancangan ini, bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara, terutama di setiap pejabat daerah. Hasilnya dari segi pencapaian, Rancangan Malaysia Kedua menunjukkan purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 sebanyak 6.4% setahun. Seperti yang dirancang, sektor awam telah membelanjakan RM2650 juta sementara sektor swasta membelanjakan RM2900 juta untuk program-program pembangunan.
Rancangan Malaysia Pertama ( RMK-1 ) 1966-1970
RMK-1 merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Perseketuan Malaysia. RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek integrasi dalam kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar perancangan baharu, terutama berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program di setiap sektor ekonomi.
Peruntukan RMK-1 berjumlah RM10500 juta iaitu melibatkan RM4550 juta daripada sektor awam dan RM5950 juta daripada sektor swasta. Beberapa buah agensi turut dilahirkan di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti Majliss Amanah Rakyat, Bank Bumiputera pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967,Lembaga Penasihat Tarif dan Pebadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969.Tujuan penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif adalah untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. Penubuhan MARA, Bank Bumiputera, dan PERNAS pula bertujuan menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.Setelah lima tahun, kajian menenjukkan program-program yang dirancang melalui RMK-1 berjaya meningkatkan pertubuhan ekonomi negara. Namun setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, kerajaan menyedari bahawa waktu itu pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan kerana masih ketara ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaun dan kawasan . Justeru , bagi menyambung usaha-usaha RMK-1 ,DEB dilancarkan bersama Rancangan Malaysia Kedua sekali gus bertujuan membaik pulih kepincangan strategi dan pendekatan yang digunakan sbelum ini.
Peringkat 2
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1971-1975
Setelah negara pengajaran akibat daripada rusuhan kaum 13 Mei 1969, RMK-2 dilancarkan dengan tujuan yang jelas, iaitu untuk mengatasi dan membaik pulih keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kawasan dan kelompok kaum negara ini. Bagi memastikan rancangan ini berjaya , sejumlah RM7250 juta telah diperuntukan . RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka panjang , iaitu dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Matlamat utama DEB ini juga dikenali sebagai serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa kaum, menyusun semula masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Oleh itu , adalah jenis kedua-dua matlamat ini bermotifkan membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki dan diseimbangkan serta dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa program telah dirancang dan langkah-langkah tertentu diambil untuk menjayakan RMK-2 seperti menentukan pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera , iaitu 9% bgagi tahun 1972 ,16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990, menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi,terutama yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan dan menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 RMK-2 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan . Misalnya ,KDNKK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan . Misalnya KDNKK meningkat pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan , iaitu hanya 6.8% setahun . Pertumbuhan KDNKK berlaku kerana pertumbuhan beberapa faktor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) 1976-1980
Semasa pelancaran RMK-3,DEB masih dalam pelaksanaan. Justeru, RMK-3 boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Dalam rancanagn ini , beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan dimana rancangan ini dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan Bandar baharu. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.
Sebanyak 28 buah Bandar dibina dibawah rancangan KEJORA,KETENGAH, dan DARA menjelang hujung tahun 1980 . Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan . Disamping itu , kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isi-isu alam sekitar dan keselamatan negara.
Secara keseluruhan, program-program RMK-3 juga program-program RMK-3 juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat. Misalnya bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi negara berkembang pada kadar 7.8%. Kurang 0.2% daripada matlamat.
Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985
RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi, terutama akibat daripada kejatuhan harga bijih timah dan getah di pasaran dunia. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagai-bagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran . Namun, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ialah RM40000 juta. Daripada jumlah ini, 57.9% diperuntukan bagi keselamatan dan 2% bagi pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3% , sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 8.3% , pelajaran dan latihan sejumlah 7.6% serta perkhidmatan sosial sejumlah 7.1%.
RMK-4 juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasakan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah Kilang Simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sendirian Berhad, Kilang Pengeluaran besi berongga dan Keluli oleh Perwaja di Kemaman, Terengganu dan Pembuatan kereta nasional , iaitu kereta Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sndirian Berhad.
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baharu seperti di Senawang ,Skudai,Bintulu,Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas,Pulau Pinang. Pada tahun 1983 dua buah program dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaiti Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian (PIP).
Selain itu, kerajaan juga berusaha mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian Antara Bumiputera dangan bukan Bumiputera dengan cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.
Kerajaan telah memberikan peruntukan berjumlah RM40000 juta untuk pelaksanaan RMK-4, iaitu dengan kadar 57.9% untuk pembangunan ekonomi,16.2% untuk pembangunan sosial ,23.8% untuk keselamatan dan 2% untuk pentadbiran awam. Dari segi pencapaian keseluruhan,KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut meningkatkan sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.
Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5)1986-1990
Matlamat Utama RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara. Fenomena ini masih perlu mengambil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan. Beberapa strategi telah dilaksanakan dalam RMK-5.Pertama, kerajaan cuba meningkatkan peranan sektor swasta memalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri, terutama industri yang berorientasikan eksport. Strategi seterusnya ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.
Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang , penggunaan tanah lombong untuk pertanian , penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar dan lain-lain.RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru, iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan R&D. Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititik beratkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan , keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 ialah RM69000 juta.daripada jumlah ini 89.2% diperuntukan perbelanjaan sosioekonomi,6.5% untuk keselamatan dan pertahanan, manakala 4% untuk pentadbiran awam. Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) yang mencakupi Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990. Pada tahun 1991, rancangan pembangunan ekonomi baharu diperkenalkan bagi menggantikan dan menyambung program-program pembangunan dalam RRJP1 dan DEB. Rancangan-rancangan tersebut ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang 2(RRPJ2) (1991-2020), Wawasan 2020 (1991-2020) , Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) Dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (1992-1995).
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(RMK-6)1991-1995
Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.
Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan.iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memperbaik kedudukan kewangan sektor awam.
Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.
Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(RMK-7)1996-2000
Kemajuan ekonomi
Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) sebenar mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi sasaran yang dikaji semula sebanyak 3.0%.Langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan telah meningkatkan pengunaan di samping membendung tekanan inflasi.Kadar pengangguran terus kekal pada paras yang rendah,manakala Indeks Harga Pengguna turun.Pelbagai agensi ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman belum berbayar(NPL),permodalan semula bank dan penyusunan semula hutang korporat.
Pada akhir thun 2000,pinjaman belum berbayar telah dikurangkan pada 6.3% dari jumlah pinjaman berbanding dengan paras tertinggi 11.4% pada bulan ogos 1998.Nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan pula meningkat pada 12.4% berbanding dengan paras terendah 10.1%.
Eksport negara telah ditingkatkan sementara import dikurangkan.Akaun semasa yang mengalami defisit semenjak tahun 1990 telah mencapai lebihan mulai tahun1998 dan mencatat lebihan tertinggi sebanyak RM47.9 bilion pada tahun 1999 atau 17.1% dari keluaran Negara Kasar.Semenjak ogos 1998,rizab luar negara telah bertambah sebanyak US9.7 bilion dan berjumlah US29.9 pada akhir tahun 2000,cukup untuk bayar 45 bulan import tertangguh dan 64 kali lebih besar dari hutang luar jangka pendek.
Semua pencapaian ini adalah hasil dari keputusan kerajaan untuk tidak meminjam dari IMF.Sebaliknya kit menghalang penyangak mata wang dari memperdagangkan ringgit dan mengawal modal spekulasi dari menyerang Bursa Saham Kuala Lumpur.
Kemajuan sosioekonomi
Program khusus bagi kawasan bandar seperti penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah telah memperbaik keadaan hidup golongan miskin di bandar.Bagi golongan termiskin pertumbuhan ekonomi yang pesat sebelum pertengahan tahun 1997 dan perlaksanaan secara giat Program Pembangunan Rakyat termiskin.
- Penyusunan semula masyarakat
Melalui DEB terdapat kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat,terutama penyusunan semula guna tenaga dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Dari segi pemilikan ekuiti korporat,peratusan hak milik korporat bumiputera telah berkurangan dari paras yang dicapai pada tahun 1995.
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
Beberapa dasar telah digubal di negara ini.Pembentukan dasar-dasar ini amat penting kerana ia bukan sahaja bermotifkan perpaduan rakyat malah mencakupi semua aspek kehidupan dan kemanusiaan dalam negara.Selain itu,Malaysia ingin mencapai pembangunan seimbang bagi semua sektor ekonomi,perpaduan kaum dan kestabilan politik bagi membolehkan negara ini duduk sama tinggi dengan negara barat.
Justeru itu,program pembangunan ekonomi perlu dirancang bagi memastikan seluruh rakyat memperoleh keperluan asas seperti makanan,pakaian,keselamatan,pendidikan dan lain-lain.Antara dasar-dasar yang diperkenalkan ialah DASAR EKONOMI BARU, DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN , DASAR PEMBANGUNAN NASIOANAL dan sebagainya.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum . Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara . Selepas tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaakan Rukun Negara yang diistiharkan pada 31 Ogos 1970 . Dengan itu semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan kearah perpaduan kaum . Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970 – 1990 ).
Dasar Pembangunan Negara ( DEB ) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein . Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk :
Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat di Malaysia tanpa mengira kaum
Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
Perkembangan pesat ekonomi negara adalah berpunca daripada pelbagai dasar ekonomi negara yang telah digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan . Namun begitu, masih wujud beberapa cabaran dan halangan yang perlu ditangani . Antaranya adalah untuk menilai sejauh aman perlaksanaan dan keberkesanan dasar fiskal, monetari dan perdagangan yang telah dilaksanakan .
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN(DKK)
Sebagai sebuah negra yang berbilang kaum,kerjaan telah menubuhkan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian negara.Dasar ini telah menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti Malaysia di mata dunia.
Justeru itu,kerajaan memerlukan perancangan yang rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kebangsaan .Pelaksanaan ini dapat memperlihatkan sifat-sifat mulia dalam sesebuah masyarakat dan seterusnya merealisasikan negara bangsa.Tiga sifat yang perlu dalam kebudayaan kebangsaan ialah:
- Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti.
- Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan.
- Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain
OBJEKTIF PELAKSANAAN
- Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
- Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan kebangsaa
- Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.
STRATEGI PELAKSANAAN
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.
Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme;
keperluan sosiobudaya serta meninggikan taraf dan mutu kesenian.
PRINSIP –PRINSIP ASAS KE ARAH PEMBENTUKAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN IALAH:
1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau
Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.
2.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima
Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan juga diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara.
3.Islam menjadi asas pembentukan kebudayaan kebangsaan
Agama islam merupakan unsur yang penting dalam DKK kerana kedudukannya sebagai agama rasmi negara. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
DASAR BELIA NEGARA
Dasar Belia Negara dimulakan dengan pembahagian Perkhidmatan Belia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1953 bertujuan membimbing pergerakan belia Negara.Penubuhan Kementerian Belia dan Sukan yang menggerakan tenaga belia menjalankan kegiatan yang berguna dan berfaedah.
PRINSIP DASAR
- Amalkan prinsip Rukun Negara
- Wujudkan semangat perpaduan
- Galakkan penyertaan dalam proses perancangan Negara
- Membina moral tinggi
- Capai taraf keilmuan luas dan mendalam
TUJUAN DASAR
- Membangunkan taraf social ekonomi belia ,mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara.
STRATEGI DASAR
Meningkatkan kemahiran belia dalam bidang kepimpinan,perniagaan dan vokasional sebagai contohnya ialah rakan muda.
- Melahirkan usahawan-usahawan belia
- Koperasi Belia
- Meninggikan taraf hidup remaja dan mewujudkan organisasi perniagaan besar bercorak koperasi di peringkat nasional.
- Program Latihan
- Memberi kemahiran vokasional dan teknikal.
- Cawangan Latihan dan Bimbingan
- Merancangkan aktiviti-aktiviti bercorak latihan kemahiran.
PELAKSANAAN
Hari Belia Negara diadakan setiap tahun sebagai bukti pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting generasi belia dalam membantu usaha pembangunan negara.Ia turut dilaksanakan di peringkat negeri.Pada tahun 2003,pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Pameran Belis bersempena Hari Belia untuk memperagakan kejayaan-kejayaan para belia tanah air termasuklah produk-produk yang dihasilkan oleh para usahawan muda.
Pelan Integriti Nasional
KONSEP UTAMA
Merealisasikan cabaran keempat ,hasrat wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yng luhur.Dilncarkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,perdana menteri ke-4.
Objektif
- Memberi hala tuju pelbagai sektor supaya mereka dapat meningkatkan kesedaran supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
- Mengalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat serta mendorong masyarakat menjunjung prinsip integriti.
- Pengukuhan asas moral masyarakat dan negara serta peningkatan kesejahteraan hidup masyarakat.
- Meningkatkan daya saing dan daya tahan malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi lebih berkesan.
SASARAN PELAKSANAANNYA
- Mengurangkan gejalan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan.
- Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi kerana birokrasi dan penyelewengan.
- Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
- Memantapkan institusi kekeluargaan.
- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
FAKTOR MENJEJASKAN INTEGRITI
FAKTOR INDIVIDU
- Kelemahan individu adalah salah satu factor yang akan menjejaskan integrity seseorang.
FAKTOR KEPIMPINAN
- Kepimpinan yang lemah iltizamnya dan tidak berwawasan akan menyebabkan integriti sesebuah organisasi di bawah kepimpinannya akan merosot.
FAKTOR SISTEM DAN PROSEDUR
- Kurang ketulusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam seperti unsur tender.
- Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan dalam melaksanakan tugas.
- Penguatkuasaan pemantauan dan pernilaian mengenai keberkesanan sesuatu program.
- Keupayaan sumber yang terhad.
- Kerangka undang-undang yang lapuk,kurang jelas,bercanggah dengan sesetengah undang-undang.
FAKTOR STRUKTUR
- Struktur organisasi tidak diubah dan diperkemaskan dari semasa ke semasa.
- Kurang koordinasi menyebabkan pembaziran dan tugas yang dilaksanakan tidak sempurna.
FAKTOR BUDDHA
- Persekitaran budaya yang tidak sihat mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku.
- Budaya tidak sihat akan menyebabkan mereka bersikap tidak berduli,tidak bertanggungjawab kepada orang lain.
PENGUKURAN PENCAPAIAN SASARAN
- Pengurangan gejala rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa berkesan.
- Peningkatan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awan dan mengatasi kerenah birokrasi.
- Perningkatan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
- Pemantapan institusi keluarga.
- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
STRATEGI
- Mencapai objektif dan sasaran pin adalah 1 agenda utama negara dirujuk sebagai agenda integrity.
Strategi 1:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI KELUARGA.
- Pembinaan keluarga bahagia.
- Pengurusan kesihatan jasmani dan rohani
- Pemantapan Nilai-nilai murni
Strategi 2:PELAKSANAAN INTEGRITI UNTUK KOMUNITI
- Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan atau komuniti
- Pemantapan petubuhan atau intitusi asas dalam komuniti
- Kukuh semangat patriotism dan perpaduan kaum
- Kesedaran terhadap alam sekitar
Strategi 3:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK MASYARAKAT SIVIL
- Kukuh antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) kerajaan, dan swasta.
Strategi 4:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI SOSIAL
- Binaan insan yang berintegriti dalam persekitaran social budaya yang berintegriti.
- Pemantapan nilai-nilai murni,perpaduan dan pembentukan identiti rakyat
Strategi 5:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI AGAMA
- Peningkatan kerjasama,persefahaman dan saling menghormati antara penganut agama.
- Penghayatan dan pengalaman nilai murni ajaran agama
- Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama islam sebagai agama kemajuan.
Strategi 6:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI EKONOMI
- Permantapan integriti korporat
- Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap tanggungjawab social
- Pengebangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika
- Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan wilayah
Strategi 7:PELAAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI POLITIK
- Pengekalan keluhuran perlembagaan dan sistem politik negara
- Pengekalan kedaulatan dan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang
- Pengamalan budaya politik yang sihat,beretika,matang,dan demokratik.
Strategi 8:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI PENTADBIRAN
- Pemantapan prinsip ketulusan,bertanggungjawab dan tadbir urus terbaik
- Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.